Selepas sembilan tahun Arsenal tidak berjaya menewaskan Manchester City akhirnya rekod itu berjaya di padam sendiri oleh bekas pembantu kepada Pep Guardiola itu sebelum berhijrah pada 2019 sebagai pengurus The Gunners.
Mikel Arteta telah berjaya membawa kemenagan yang penuh dramatik itu apabila Arsenal berjaya memperolehi jaringan kemenangan di saat-saat akhir melalui Gabriel Martinelli.
Sudah tentu kemenangan ini nambah keyakinan pemain-pemainnya untuk memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.
Dengan menggunakan formasi 4-3-3 dan falsafah bola sepak sama yang bermain secara ‘buildup attack’ selain hantaran pendek dan transisi yang pantas untuk memerangkap lawan, ia tidak menghalang untuk The Gunners untuk memberi saingan.
Menggunakan kekuatan di bahagian sayap dan ‘wing back’ untuk melancarkan serangan sebelum masuk ke laluan tengah sebelum melakukan hantaran atau pun percubaan tepat ke arah gol, itu yang dilakukan Gabriel Jesus, Leandro Trossad dan Martinelli.
Melalui gerakkan mereka ini The Gunners berjaya melakukan empat belas percubaan dan dua tepat ke arah gol.
Apa yang menarik melalui formasi yang digunakan Arteta ini dimana bahagian pertahanan Arsenal yang diketuai William Saliba dan Gabriel telah berjaya menyekat penjaring terbanyak musim Erling Haaland dari membuat sebarang percubaan dan umpanan.
Atas faktor itu ia membuatkan anak didik Giardiola agak sukar untuk menembusi pintu kerana taktikal disiplin yang dipamerkan oleh semua pemain Arsenal sungguh baik sekali dan mereka tidak memberi ruang langsung untuk The Citizens melakukan rembatan tepat ke arah gol itu dibuktikan dengan statistik kerana hanya satu percubaan tepat ke arah gol dari empat percubaan dilakukan.
Bukan itu sahaja, kita juga dapat lihat bagaimana kreativiti yang dipamirkan bahagian midfield The Gunners seperti Martin Odegaard, Declan Rice dan Jorginho yang membuatkan pertahanan The Citizens agak tertekan dengan serangan dilakukan Arsenal dan akhirnya pintu juara bertahan ditembusi juga di saat-saat akhir.
Kemenangan ini akan membuka peluang kepada pemain-pemain Arsenal dan pengendalinya untuk memburu kejuaraan Liga Perdana musim ini apabila gagal melakukan pada musim lalu kerana kali terakhir The Gunners menjulangnya pada musim 2003-2004 semasa Arsene Wenger menjadi pengurus The Gunners.