Skip to main content

Bola Sepak

EPL: Guardiola syukur Man City kuasai permainan tewaskan Chelsea, debut pemain Uzbekistan jadi tumpuan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mancity.jpg
Tahap penguasaan bola pemain menjadi nadi utama Manchester City memperoleh kemenangan penting 3-1 menewaskan Chelsea dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad, awal pagi tadi.

Seawal minit ketiga, skuad tuan rumah dibolosi hasil daripada kesilapan penampilan sulung pemain terbaru mereka, Abdulkodir Khusanov, yang menyaksikan Noni Madueke mudah meletakkan Chelsea terlebih dahulu di depan.

Bagaimanapun, Josko Gvardiol menyamakan kedudukan pada lewat separuh masa pertama dan City menemui rentak keselesaan di babak kedua dengan Erling Haaland menghukum Robert Sanchez untuk menjadikan kedudukan 2-1 sebelum Phil Foden memuktamadkan keputusan 3-1 di hadapan penyokong sendiri.

Keputusan itu menyaksikan The Citizen memintas kedudukan Chelsea untuk beradi di tempat keempat dalam carta liga, sekali gus menghidupkan peluang ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

 

"Kami bergelut sejak kebelakangan ini, dan ia merupakan musim yang sukar. Kebanyakan pemain sudah berada di sini lebih daripada lapan tahun, dan saya tidak akan mengubah pendapat saya dalam masa dua bulan.

"Kami sedar ia tidak mencukupi buat masa ini. Saya meminta mereka untuk meningkatkan prestasi selain mencipta peluang untuk menjaringkan gol.

"Chelsea memiliki kemampuan hebat dan mereka sangat bagus.

"Kami mempunyai tempoh yang sukar kerana mengharungi tiga aksi dalam masa yang singkat di mana kami menentang Ipswich Town dan kemudian tiga hari lalu bertemu Paris Saint Germain (PSG)," kata ketua jurulatih, Pep Guardiola, kepada media antarabangsa.

Guardiola menambah bahawa purata pengangan bola merupakan kunci kepada kemenangan sambil menegaskan: "Jika kami tidak menghantar bola, kami adalah salah satu pasukan yang paling teruk. 

Dalam masa sama, pengendali kelahiran Sepanyol itu memberi tafsiran bahawa Khusanov bakal menjadi pemain terbaik mereka oleh kerana debut yang menakjubkan.

"Meskipun melakukan sedikit kesilapan, tetapi dia akan belajar. Dia sangat muda. Dia akan belajar pada masa hadapan," kata Guardiola.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video