Roberto De Zerbi memuji Jurgen Klopp selepas pengurus Liverpool itu cuba untuk menenangkannya ketika dia membuat protes terhadap keputusan pengadil sewaktu The Reds dan Brighton terikat 2-2 di Stadium Amex hujung minggu lalu.
Pengurus berbangsa Itali itu dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Anthony Taylor, kerana membuat bantahan terhadap pengadil keempat apabila pasukan kendaliannya dinafikan sepakan penalti selepas bola dilihat terkena tangan Virgil Van Dijk.
Bola itu pada mulanya terkena kaki pemain pertahanan berkenaan dan melantun ke lengannya sebelum pengurus itu menegaskan pasukannya sepatutnya diberikan sepakan penalti susulan insiden itu, ketika mereka berusaha bangkit daripada ketinggalan 2-1.
Klopp ketika perlawanan itu terpaksa masuk ke kawasan teknikal Brighton untuk cuba meredakan keadaan dengan merangkul De Zerbi bagi menenangkannya.
De Zerbi, yang melihat pasukannya sekali lagi mencatatkan keputusan seri buat kali kedua dalam masa tiga hari selepas pertemuan Liga Europa dengan Marseille pada Khamis lalu, berkata walaupun dia berasakan pasukannya menjadi mangsa keputusan itu, dia percaya kekasaran yang dilakukan Trent Alexander-Arnold ke atas Solly March -- yang kemudian menjadi pencetus kepada jaringan penyamaan Brighton menerusi Lewis Dunk -- tidak sepatutnya diberikan sepakan percuma.
"Saya suka Klopp," katanya.
"Dia boleh melakukan apa sahaja yang dia mahukan kerana saya sangat menghormatinya dan menganggap dia antara jurulatih terbaik di dunia. Saya suka kelakuannya, dan saya 99 peratus bersetuju dengannya apabila dia berkata sesuatu.
"Dalam situasi itu, saya rasa ada sepakan penalti yang patut diberikan dan saya sudah pun memberitahu pengadil.
"Saya benar-benar fikir patut ada sepakan penalti tetapi tiada kekasaran apabila kami menjaringkan gol kedua. Saya jujur ketika memberikan pendapat kepada Jurgen."
Brighton kini berada di kedudukan keenam liga menjelang waktu rehat antarabangsa setelah memenangi lima daripada lapan perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL).