EPL
EPL: Carragher bangga tapi terkilan dengan Alexander-Arnold
Jamie Carragher kecewa dengan keputusan Trent Alexander-Arnold untuk meninggalkan Liverpool di penghujung musim ini sedangkan The Reds menuju satu tahap yang istimewa.
Alexander-Arnold, yang menyertai akademi Liverpool pada 2004, pada malam tadi mengesahkan bahawa dia akan berhijrah di penghujung musim ini sejurus kontraknya tamat demi berpindah ke Real Madrid.
Pemain antarabangsa England itu telah mewakili The Reds sebanyak 352 kali sejak membuat penampilan sulung bersama pasukan senior pada 2016 dan telah memenangi lapan gelaran utama bersama kelab itu, termasuk dua gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan satu gelaran Liga Juara-Juara (UCL).
Iklan
Alexander-Arnold akan meninggalkan Anfield setelah mencatatkan 64 bantuan jaringan yang merupakan rekod tertinggi berbanding pertahanan EPL yang lain.
Liverpool baru-baru ini mengesahkan kejuaraan liga dengan bergaya dan walaupun tersingkir awal dalam UCL serta Piala FA termasuk kekalahan kepada Newcastle United dalam perlawanan akhir Piala Liga Inggeris (EFL), ia telah menjadi satu musim yang perlu dikenang di bawah kendalian Arne Slot.
Bercakap mengenai Sky Sports, Carragher menjelaskan bahawa dia tidak marah, sebaliknya kecewa dengan keputusan Alexander-Arnold itu, lebih-lebih berdasarkan kejayaan Liverpool musim ini.
“Saya tidak marah, saya cuma kecewa kerana sebagai pemain tempatan, dia tidak fikir Liverpool cukup dekat untuk menjadi juara,” katanya.
After 20 years at Liverpool Football Club, now is the time for me to confirm that I will be leaving at the end of the season.This is easily the hardest decision I’ve ever made in my life.I know many of you have wondered why or been frustrated that I haven’t spoken about this… pic.twitter.com/emAw5RvXq0— Trent Alexander-Arnold (@TrentAA) May 5, 2025
"Kami mempunyai bekas pemain yang pernah meninggalkan Liverpool yang tidak sehebat pasukan ini.
“Liverpool merupakan salah sebuah daripada lima atau enam pasukan terbaik di Eropah. Malah mungkin di ambang sesuatu yang istimewa di bawah pengurusan ini untuk tempoh lima atau enam tahun akan datang.
“Jika saya adalah pemain tempatan di kedudukan itu yang berpeluang menikmati kejuaraan liga dan meletakkan Liverpool di atas Manchester United untuk kejuaraan liga serta menghampiri keupayaan Real Madrid, maka saya akan kekal.
“Orang ramai bercakap tentang persaingan di England tetapi Madrid adalah pesaing Liverpool di peringkat Eropah.
"Real Madrid adalah kelab terbesar di dunia dan saya juga bangga apabila seorang kanak-kanak dari West Derby bakal mewakili Real Madrid.
"Jadi saya cuma terkilan memandangkan Liverpool mungkin menuju kepada kejayaan yang besar."
Must-Watch Video