Penyerang Arsenal, Bukayo Saka, menegaskan bahawa dia tidak memikirkan mengenai kelesuan dan bersedia untuk menyahut cabaran pengurusnya, Mikel Arteta, untuk beraksi dalam 70 perlawanan musim ni.
Pemain sayap England berusia 22 tahun itu mengetuai The Gunners ketika meraih kemenangan 5-0 ke atas Sheffield United hujung minggu lalu, sekali gus kekal dibezakan dua mata dengan tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).
Saka hanya tidak memulakan satu daripada kesemua perlawanan Arsenal dalam EPL dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini, di mana dia tidak dapat beraksi sewaktu menewaskan Manchester City gara-gara kecederaan paha.
Ketiadaannya dalam aksi itu juga menyaksikan Saka menamatkan rentetan 87 penampilan liga berturut-turut sejak Mei 2021.
Arteta pada tahun lalu berkata: "Jika dilihat kepada pemain terbaik dunia, mereka bermain 70 perlawanan, setiap tiga hari, melakukan perubahan dan memenangi perlawanan. Jika anda mahu menjadi pemain terbaik, anda perlu berkebolehan untuk melakukannya."
Saka yang melakukan 62 penampilan buat Arsenal dan England musim lalu, percaya dia mampu mencapai jumlah penampilan seperti yang dimahukan Arteta.
"Saya fikir ia boleh dilakukan, Jika anda melihat kepada pemain terbaik, mereka beraksi setiap tiga hari dan memenangi perlawanan buat pasukan mereka.
"Jadi, saya mencuba untuk berada di tahap itu dan ia sudah pasti satu tahap yang saya mahukan buat diri saya.
"Sudah pasti ia sukar tetapi saya mencuba untuk melakukannya dan memberikan yang terbaik.
"Saya fikir saya benar-benar fokus untuk perlawanan yang akan datang dan apa yang saya boleh sumbangkan buat pasukan ini. Saya tidak memikirkan perkara seperti itu (mengenai potensi alami kelesuan).
"Saya seorang yang mahu sentiasa beraksi di atas padang, sentiasa mahu memberikan yang terbaik dan jika saya cedera dan perlu dikeluarkan, sudah pasti saya akan berehat," katanya.