Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

EPL: Amorim akui penyudah tumpul punca Manchester United tumbang

amorim.jpg
Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, percaya isu jentera serangan penyudah tumpul merupakan 'masalah terbesar' yang perlu diperbaiki pasukannya selepas tewas 0-1 kepada Wolves di Old Trafford, awal pagi tadi.

Tendangan percuma Pablo Sarabia pada minit ke-77 menewaskan Andre Onana sekali gus memastikan Wolves membawa pulang tiga mata dari tempat lawan.

"Jika anda tidak menjaringkan gol, anda tidak akan memenangi perlawanan, kami perlu menjaringkan gol.



 

"Ada masa kami tidak menjaringkan gol, tetapi kami tidak mencipta (peluang). Kami mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi tidak- itu masalah terbesar buat pasukan kami," katanya kepada BBC Radio 5.

Untuk rekod, Rasmus Hojlund hanya mencatatkan satu rembatan dalam 70 minit aksi di atas padang dan telah  mengharungi enam perlawanan berturut-turut tanpa sebarang jaringan untuk semua kejohanan.

"Musim ini akan berakhir seperti ini maka kami perlu mengambil beberapa perkara positif dan bekerja keras apa yang kami perlu perbaiki." tambahnya.

Jurulatih berusia 40 tahun itu kini telah tewas 11 daripada 22 aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama The Red Devils.

Advertisement

Must Watch Video