Persekutuan Bolasepak Diraja Sepanyol (RFEF) mengesahkan Luis Enrique dilantik sebagai ketua jurulatih Sepanyol yang baru menggantikan Julen Lopetegui.
Kempen Piala Dunia Sepanyol tergugat dua hari sebelum aksi pembukaan berdepan Portugal apabila Lopetegui dipecat kerana bersetuju untuk menyertai Real Madrid selepas saingan di Russia itu berakhir.
Fernando Hierro, pengarah teknikal La Roja, mengisi kekosongan yang ditinggalkan untuk menghadapi kejohanan dan menyaksikan mereka tersingkir dalam pusingan 16 menerusi penentuan sepakan penalti kepada tuan rumah, Russia..
Hierro meninggalkan pasukan sebagai jurulatih serta jawatan asalnya, yang memaksa Presiden RFEF, Luis Rubiales, perlu merencana perancangan baru yang rapi.
Rubiales telah meneliti beberapa calon dan memilih bekas pengendali Barcelona, Enrique, untuk bertindak sebagai ketua jurulatih yang baru.
Bercakap dalam sidang media yang tidak dihadiri oleh Enrique, Rubiales berkata, "Ia merupakan keputusan sebulat suara. Pemilihan ini mengikut kriteria dalam pengurusan pasukan.
"Enrique akan bersama-sama staf kejurulatihannya dan kami akan berbincang minggu depan."