Pengurus pasukan, Gareth Southgate, berkata England lebih tenang beraksi dengan sasaran yang lebih rendah diberikan untuk saingan Piala Dunia 2018.
Dengan semangat positif dalam persiapan skuad The Three Lions menghadapi Colombia dalam perlawanan pusingan kalah mati, Southgate menjelaskan persembahan England di peringkat kumpulan memberikan reputasi yang baik.
Kemenangan ke atas Tunisia dan Panama memastikan England mara sebagai naib juara Kumpulan G dan kejayaan menewaskan Colombia, jika diraih awal pagi esok, akan meletakkan mereka dalam aksi suku akhir yang dijadualkan berdepan Sweden atau Switzerland, Sabtu ini.
Southgate menyeru kepada semua yang berkaitan dengna pasukannya agar menikmati pengalaman mereka kerana ia membantu pemain-pemain untuk mempamerkan aksi cemerlang bagi memastikan mereka layak ke suku akhir buat kali pertama sejak 12 tahun lalu.
"Pada pendapat saya, skuad England telah mula menerima sokongan semua pihak dan ia membantu persembahan mereka meningkat naik," kata Southgate.
"Kami sering kali dikecewakan sebelum ini -- mungkin sasaran yang telah ditetapkan dalam edisi terdahulu tidak realistik.
"Kita semua perlu menikmati perjalanan ini," ujarnya.
Pendekatan England di Russia menerima pujian dan Southgate tidak merancang untuk mengubah taktikal mereka ketika beraksi di Stadium Spartak.
"Perlawanan dilihat lebih sengit dalam pusingan ini tetapi kami akan terus menampilkan gaya permainan kami.
"Kami berasakan kami mampu mendatangkan masalah kepada pasukan lawan.
"Saya mahu pemain-pemain menampilkan kebolehan yang mereka miliki. Saya yakin dengan England untuk mara ke suku akhir."