Eric Dier mengagumi gandingan pemain tengah Croatia, Ivan Rakitic dan Luka Modric, di samping memberi amaran kepada England supaya menyekat pergerakan mereka jika mahu ke final Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 52 tahun.
Dua pemain tengah Croatia itu mengharungi kejohanan yang cemerlang dan menjadi ancaman utama buat The Three Lions dalam aksi separuh akhir di Moscow, awal pagi Khamis ini.
Modric dan Rakitic menjaringkan gol buat Croatia ketika menewaskan Argentina di peringkat kumpulan manakala Modric turut menjaringkan gol ketika menewaskan Nigeria 2-0.
Walaupun gagal menyempurnakan sepakan ketika penentuan penalti dalam pusingan 16 berdepan Denmark, ia tidak menjejaskan peluang buat Modric untuk meraih Anugerah Bola Emas di Russia.
Dier bakal ditugaskan untuk menghalang Modric dan Rakitic jika Jordan Henderson gagal pulih daripada kecederaan hamstring dan menyedari dia perlu berada di tahap terbaik.
"Mereka adalah pemain yang berkualiti, bertaraf dunia.
"Kedua-duanya telah bermain di peringkat tertinggi.
"Bertemu Modric dua kali dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) dan semua orang tahu kebolehannya ketika dia bersama Tottenham.
"Modric seorang pemain yang mampu mencipta magis. Dia merupakan salah seorang pemain yang menonjol sepanjang Piala Dunia.
"England akan berusaha menyekat mereka untuk meraih kemenangan," ujarnya lagi.