Ashley Young menegaskan tiada sebab untuk England meraikan kemaraan ke separuh akhir Piala Dunia berdepan Croatia kerana mereka "belum menang apa-apa lagi".
Skuad kendalian Gareth Southgate itu mengetepikan Sweden 2-0, Sabtu lalu, dan mara ke separuh akhir buat kali pertama sejak 1990 ketika mereka tersingkir menerusi penentuan sepakan penalti kepada Jerman Barat.
Young -- yang membintangi empat daripada lima perlawanan bersama England di Russia -- menyedari The Three Lions berada dalam kedudukan yang baik untuk memenangi Piala Dunia yang pertama sejak 52 tahun lalu tetapi enggan hilang tumpuan untuk aksi seterusnya.
"Kami belum memenangi apa-apa, jadi tiada apa perlu diraikan.
"Ia merupakan kemenangan yang baik tetapi perlawanan lebih sukar menanti kami.
"Kami memiliki peluang terbaik untuk menjuarai Piala Dunia dan England berada dalam kedudukan yang baik," ujarnya.
Croatia menempah slot ke separuh akhir selepas memerlukan penentuan sepakan penalti ketika menewaskan Denmark dan Russia.
Young percaya kemenangan England ke atas Sweden dalam tempoh 90 minit memberikan kelebihan menjelang aksi di Moscow nanti.
"Beraksi hingga 120 minit memberikan kepenatan kepada pemain-pemain.
"Croatia telah mengharunginya dua kali dan ia merupakan kelebihan buat England. Tetapi kami perlu bersedia daripada segi mental untuk menghadapinya."