Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

England, Belgium buru sagu hati

kevin-de-bruyne_1.jpg
Thomas Meunier berkata menewaskan England untuk perebutan tempat ketiga malam esok kini menjadi keperluan minimum untuk Belgium dalam Piala Dunia 2018.

Skuad Roberto Martinez ditewaskan 1-0 oleh Perancis dalam separuh akhir di St Petersburg menerusi tandukan Samuel Umtiti yang menjadi pemisah kepada pertembungan sengit itu.

Ini bermakna, kekecewaan untuk apa yang digelar "generasi emas" dalam kejohanan utama berterusan selepas Red Devils terkandas dalam suku akhir edisi 2014 kepada Argentina dan di peringkat yang sama dalam Euro 2016 kepada Wales.

Ini merupakan kali kedua Belgium terbabit dalam perlawanan penentuan tempat ketiga Piala Dunia, yang pertama berakhir dengan kekalahan 2-4 kepada Perancis pada 1986, oleh itu kali ini Meunier berhajat untuk mengatasi England dikalahkan 1-0 di peringkat kumpulan.

"Kami menewaskan England di peringkat kumpulan, jadi kami boleh mengalahkan mereka lagi," kata pemain pertahanan itu dalam sidang akhbar. "Kemenangan bukan satu kewajipan tetapi kami mahukanya. Tempat ketiga adalah minimum, ia bukan satu pembaziran masa, ia satu perlawanan yang kami mahu beraksi."

England mengalami kekecewaan di tangan Croatia dalam aksi separuh akhir dengan gol sumbangan Ivan Perisic dan Mario Mandzukic memadam jaringan pembukaan Kieran Trippier di Stadium Luzhniki, tempoh hari. 

Three Lions tewas dalam separuh akhir melalui penentuan penalti kepada Jerman Barat pada 1990, kemudian tumbang 1-2 kepada tuan rumah, Itali,  dalam penentuan tempat ketiga. 

Pemain pertahanan, Gary Cahill, mengakui ia adalah perlawanna aneh yang harus dimainkan yang dilangsungkan di sebalik kekecewaan di Moscow, begitupun dia berharap kemenangan akan membantu menggalakkan aura lebih positif terhadap barisan kendalian Gareth Southgate.

"Ini adalah satu perlawanan yang sangat pelik kerana ia adalah satu perlawanan untuk dua pasukan yang mengalami kekecewaan tetapi permainan sudah diaturkan dan kami perlu beraksi," kata tonggak Chelsea tersebut.

"Kami hanya gagal dalam rintangan kedua terakhir namun sebagai satu pasukan, kami harus bangga dengan diri sendiri dan bagi saya, melihat skuad muda itu, kami semestinya berasa positif mengenai masa depan."

PEMAIN TUMPUAN

Belgium: Romelu Lukaku


Penghalang terbesar dalam usaha calon Kasut Emas, Harry Kane. Lukaku sedang berusaha untuk mengakhiri kemarau tiga perlawanan tanpa gol bersama Belgium. Dia cukup masak dengan pertahanan England kerana berpengalaman beraksi dalam Liga Perdana Inggeris dan akan menawarkan ujian terhadap kubu lawan yang mengharungi 120 minit permainan dalam aksi separuh akhir separuh akhir selain kekurangan rehat sehari.

England: Harry Kane

Dia menempuhi tempoh sukar ketika menentang Croatia dan gagal melakukan sebarang percubaan tepat dalam tempoh empat jam setengah namun Kane masih mengetuai perlumbaan Kasut Emas. Mencetak nama selaku penjaring akan mencerahkan peluangnya manakala ledakan hatrik akan membawanya kepada sembilan gol, koleksi gol terbaik yang dirakamkan dalam Piala Dunia sejak 1970.
 

Advertisement

Must Watch Video