Skip to main content

Bola Sepak

Emery mahu Di Maria pamer aksi lebih mantap

emery-hopes-for-di-maria-improvement.jpg

Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Unai Emery, berkata Angel Di Maria mampu menyumbangkan lebih lagi pada separuh kedua musim 2016-17.

PSG yang memenangi takhta Ligue 1 empat kali berturut-turut, bergelut untuk meneruskan momentum di bawah kendalian pengendali dari Sepanyol itu.

Gergasi Perancis itu kini menghuni tangga ketiga liga, lima mata di belakang pendahulu liga, Nice, dan Monaco di tempat kedua.

PSG kembali beraksi dalam perlawanan suku akhir Coupe de la Ligue di laman sendiri berdepan Metz pada 11 Januari, diikuti kunjungan ke Rennes untuk perlawanan berikutnya.

Emery, yang meninggalkan Sevilla untuk mengambil alih tugas Laurent Blanc di Parc des Princes pada Jun, berharap bekas pemain Real Madrid itu mampu mengisi kekosongan ditinggalkan oleh Zlatan Ibrahimovic yang berhijrah ke Manchester United secara percuma.

"Selepas bintang seperti Ibrahimovic meninggalkan kelab, tanggungjawab diletakkan kepada pemain lain seperti Di Maria untuk mengetuai pasukan," jelas Emery.

"Dia seorang pemain berpengelaman dan penting buat pasukan, saya berharap dia mampu menyumbang lebih lagi pada separuh kedua musim ini."

Selain Di Maria, Emery juga meminta peningkatan dalam prestasi Edinson Cavani, yang mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ibrahimovic.

"Cavani memiliki cabaran untuk menjadi watak utama pasukan dan dia berada di landasan yang tepat. Dia berusaha dengan sebaik mungkin untuk pasukan."

Advertisement

Must Watch Video