Pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Unai Emery, kecewa dengan pengadil selepas pasukannya melepaskan pendahuluan untuk kesudahannya tewas 1-3 kepada Real Madrid dalam Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.
Adrien Rabiot memberikan pelawat gol pendahuluan di Santiago Bernabeu sebelum gol berganda Cristiano Ronaldo dan jaringan lewat Marcelo membolehkan penyandang juara itu meraih kelebihan dalam perlawanan peringkat pertama pusingan 16 itu.
Gol pertama Ronaldo – jaringannya yang ke-100 buat Madrid dalam kejohanan berkenaan – hadir daripada sepakan penalti selepas pengadil, Gianluca Rocchi, menghukum Giovani Lo Celso kerana menarik Toni Kroos di dalam kawasan penalti.
Madrid sendiri terselamat dalam separuh masa kedua apabila bola terkena tangan kapten, Sergio Ramos, dalam kotak penalti dan Emery berasakan pasukannya tidak mendapat keadilan daripada pegawai perlawanan.
“Saya mempunyai perasaan yang bercampur-baur,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan. “Kedudukan 1-1 memperkuatkan mereka selepas keputusan pengadil yang boleh dipertikaikan.
“Selepas itu, kami lebih baik dengan bola dan ketika kami menguasai permainan, kami sentiasa berkeinginan untuk menyumbat gol kedua.
“(Namun), satu keputusan yang boleh dipertikaikan membuka peluang untuk mereka bangkit. Dan dengan dorongan itu (selepas Madrid menyumbat gol kedua), mereka menjadikannya 3-1.
"Saya juga diberitahu mungkin bola ada terkena tangan Ramos. Saya tidak melihatnya tapi mereka memberitahu saya ia berlaku.
"Jika anda (pengadil) memberikan (penalti) untuk yang pertama, maka anda patut memberikannya untuk yang kedua. Ia adalah tugas anda dan jika ia adalah penalti, anda hendaklah memberikannya.
"Ia bukan soal justifikasi. Saya fikir kami harus mampu bangkit jika keputusan pengadil tidak hanya memihak tuan rumah,” katanya lagi.
Di sebalik kekalahan itu, Emery bertegas bahawa dia gembira dengan persembahan pasukannya di samping berasa yakin mereka mampu menerbalikkan keadaan dalam perlawanan peringkat kedua di Parc des Princes bulan depan.
“Jika penyudahan kami lebih tepat dan pengadil lebih seimbang dalam keputusannya, kami mungkin boleh seri, malah memenangi perlawanan ini.”