Setelah selesai perlawanan antara Malaysia dan Oman nyata perasaan kecewa terus melanda penyokong setia Harimau Malaya dan ini nyata terbukti apabila majoriti dari mereka beransur awal sebelum dan setelah wisel penamat ditiupkan.
Wartawan Astro Arena, Fina Nasrom meluahkan situasi itu, ketika bersiaran langsung bersama hos Keesh Mat Stats seusai perlawanan Harimau Malaya sebentar tadi.
"Tadi dataran ini dipenuhi penyokong-penyokong Harimau Malaya yang datang untuk menyaksikan perlawanan di antara Malaysia dan Oman.
"Di mana kita tahu ada skrin besar yang telah disediakan di sini oleh pihak KBS, di belakang saya lengang, kosong sebaik wisel penamat ditiupkan, saya nampak dengan jelas kekecewaan penyokong skuad negara yang terus angkat kaki pulang ke rumah atau ke mana-mana sahaja, kekecewaan jelas tergambar di wajah mereka.
"Saya sempat bertanyakan beberapa soalan kepada penyokong yang hadir pada malam ini ternyata telahan saya itu ternyata benar," ujarnya lagi.
"kekecewaan yang dapat dilihat dengan jelas di wajah masing-masing kerana kita tahu selepas kekalahan mereka di Muscat baru-baru ini mereka betul-betul mengharapakan skuad Harimau Malaya mampu mencuri mata kerana beraksi di tempat sendiri.
Selepas ini Harimau Malaya akan meneruskan saingan berbaki, bertemu dengan Kyrgystzan pada 6 Jun dan Chinese Taipei pada 11 Jun.