Pemain tengah Manchester City, Yaya Toure, menolak tawaran lumayan untuk ke Liga Super China, menurut ejennya, Dimitri Seluk.
Toure kembali diberi kepercayaan dalam skuad utama di Stadium Etihad sejak dua bulan lalu selepas memperbaiki hubungan dengan pengurus, Pep Guardiola.
Bekas tonggak Ivory Coast berumur 33 tahun itu menjaringkan empat gol sejak diberi peluang beraksi dalam 11 penampilan, dan kontraknya akan berakhir pada penghujung musim ini.
Laporan mengaitkan Toure ditawarkan gaji sebanyak GBP430,000 (RM2.3j) seminggu oleh sebuah kelab China yang enggan dinamakan sementara Seluk mendedahkan kepada Sky Sports News bahawa pemain itu pernah menolak tawaran gaji GBP520,000 (RM2.8j) seminggu daripada Jiangsu Suning, 12 bulan lalu.
Kontrak baru di City menjadi keutamaan Toure sejak berpindah ke England pada 2010.
"Yaya bermain di tahap yang lain. Dia mahu bermain di tahap tertinggi," kata Seluk.
"Dia gembira di Manchester City, Yaya lebih mencintai bola sepak berbanding wang."
Toure memenangi Piala FA dan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2012 bersama-sana Carlos Tevez di City.
Bekas rakan sepasukannya itu menyertai Shanghai Shenhua dari Boca Juniors pada Disember lalu untuk menikmati status sebagai pemain bergaji paling mahal di dunia dengan GBP615,000 seminggu.