Ejen Mario Balotelli, Mino Raiola, mendakwa penggempur Nice itu akan beraksi bersama Borussia Dortmund pada musim depan.
Kelab Bundesliga itu dilaporkan berminat mendapatkan penyerang baru berikutan masa depan yang tidak menentu Pierre-Emerick Aubameyang di kelab itu apabila menjadi sasaran Paris Saint-Germain (PSG).
Raiola dilihat berada di ibu pejabat Dortmund semalam sehingga menimbulkan tanggapan kunjungannya mempunyai kaitan dengan perpindahan Balotteli.
"Ya," kata ejen itu kepada Bild sama ada kehadirannya mempunyai kaitan dengan Balotteli.
"Balotelli akan bermain untuk Dortmund."
Pemain berusia 26 tahun itu mengharungi musim lalu dengan memberangsangkan ketika bersama Nice selepas tenggelam di Liverpool dan AC Milan -- meledak 15 gol dalam 23 perlawanan dalam Ligue 1 -- tetapi kontraknya di Allianz Riviera akan berakhir Jun ini.
Meskipun pengesahan itu keluar dari mulut Raiola sendiri, Bild percaya ejen itu hanya cuba mengalihkan perhatian kerana dia juga sedang menguruskan pemain muda yang belum dikenali.