"Tidak sah!," itu pengesahan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) berhubung perjumpaan yang didakwa sebagai Kongres Luar Biasa (EGM) persatuan itu yang diadakan hari ini.
FAS menerusi kenyataan media hari ini menegaskan perjumpaan itu tidak diakui oleh persatuan berkenaan di bawah pimpinan Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menurut FAS, perkara itu selari dengan memo yang diedarkan pihak FAS bertarikh 26 Oktober 2018 terhadap notis yang diberikan Roslin Shariff bertarikh 22 Oktober 2018.
FAS turut menjelaskan satu pertemuan diadakan antara pihak terbabit, pihak FAS dipengerusikan Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan disaksikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), semalam.
Menurut FAS, PJS menyimpulkan ia tidak memenuhi syarat ditetapkan dalam artikel 30 1 (b) status FAS 2010 dan tidak berpatutan.
Difahamkan, EGM yang mahu dilangsungkan itu menuntut rombakan sepenuhnya membabitkan exco, namun ahli gabungan tetap mahukan Tengku Amir Shah kekal menerajui persatuan itu.
Sebelum ini, tuntutan 67 ahli kelab gabungan yang mendesak persatuan itu untuk mengadakan EGM adalah tidak sah kerana tidak mencapai kuota yang diperlukan.