Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Dyche mahu Burnley tumpu baki aksi EPL

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

burnley_1.jpg
WATFORD 1 BURNLEY 2

Burnley meraih kemenangan keempat berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk memperkuatkan lagi kedudukan mereka di tangga ketuju, tetapi Sean Dyche mahu memastikan mereka menumpukan perhatian hingga tamat saingan musim ini.


The Clarets ketingalan di Watford semalam hasil jaringan Roberto Pereyra pada babak kedua perlawanan tetapi pemain gantian, Sam Vokes, menjaringkan gol penyamaan sebelum Jack Cork memastikan kemenangan mereka.

Skuad bimbingan Dyche itu meraih kemenangan keempat berturut-turut dan kini memiliki kelebihan enam mata ke atas Leicester City yang menghuni tangga kelapan, yang mengalami kekalahan 2-1 kepada Newcastle United.

Dyche menegaskan Burnley mahu memberikan tumpuan untuk menamatkan saingan musim ini dan enggan berbincang kebarangkalian mereka bersaing dalam Liga Europa (UEL).

"Masih terdapat banyak perlawanan, kami perlu memberikan tumpuan kepada saingan musim ini terlebih dahulu.

"Buat masa ini, pemain-pemain menikmati setiap masa di atas padang.

"Kami enggan berbincang mengenai apa yang bakal berlaku musim depan, ia mampu menggugat rentak permainan dan mentaliti pemain-pemain." ujarnya lagi.

Advertisement

Must Watch Video