Skip to main content

Bola Sepak

Dybala kekal watak penting buat Juventus -- Allegri

juventus-massimiliano-allegri-paulo-dybala.jpg
Massimiliano Allegri berkata tidak ada yang mempersoalkan nilai Paulo Dybala yang 'luar biasa' kepada Juventus dan tidak menjangkakan Arthur akan berhijrah bulan ini.

Masa depan Dybala diragui kerana kontrak penyerang Argentina itu tamat penghujung musim ini dan pemain berusia 28 tahun itu telah dikaitkan dengan perpindahan menyertai seteru Serie A, Inter.

Pengarah Juve, Maurizio Arrivabene, minggu ini menyeru Dybala dan rakan sepasukannya menunjukkan 'watak, ketabahan dan keinginan untuk menang' ketika gergasi Turin itu bersaing untuk merebut tempat ke saingan Liga Juara-Juara (UCL). 

Ketua jurulatih Bianconeri, Allegri, yang akan mengendalikan kelab untuk kali ke-300 apabila menentang Udinese dalam Serie A hari ini, berkata Dybala masih mempunyai peranan besar untuk pasukan.

Katanya, "Penilaian kontrak adalah tugas syarikat, ia bukan perkara yang membimbangkan saya.

"Saya membesarkan Dybala, dia masih muda ketika dia tiba dari Palermo, kini dia sudah dewasa dan seorang pemain yang luar biasa. Saya mengharapkan banyak [daripada Dybala] pada bahagian kedua musim ini. Nilai pemain tidak dibincangkan. Dia seorang pemain yang hebat.

"Kami berada dalam situasi di mana kami terkeluar buat sementara waktu daripada kedudukan beraksi dalam saingan UCL, jadi semua penilaian akan dilakukan pada Mac/April. Buat masa ini, kami perlu terus berusaha akan melihat selebihnya nanti."
 

Pemain tengah, Arthur, telah dikaitkan kuat dengan perpindahan ke kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal dalam jendela perpindahan Januari.

Allegri tidak merancang untuk hidup tanpa pemain Brazil itu dan juga mengulangi bahawa Alvaro Morata tidak meninggalkan pasukan.

"Saya tidak mahu mengulangi diri saya sendiri. Kami perlu sampai ke penghujung musim dengan pemain ini dengan cara yang terbaik.

"Ini bermakna cuba untuk mencapai empat teratas dan mara dalam Liga Juara-Juara dan Coppa Italia."

Advertisement

Must Watch Video