Penyerang Amerika Syarikat, Dominic Dwyer, terus mempamerkan penyudah berbisa apabila sekali lagi menjaringkan gol ketika membantu pasukannya mengikat Panama 1-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan B, Piala Emas CONCACAF 2017 di Stadium Nissan, Nashville, Amerika Syarikat, semalam.
Selepas membantu Amerika Syarikat menewaskan Ghana 1-0 dengan menjaringkan satu gol sebelum ini, Dwyer terus mempamerkan taringnya di depan gol apabila sekali lagi mencatatkan nama dalam senarai penjaring dalam penampilan keduanya buat skuad kebangsaan.
Dwyer meletakkan skuad kendalian Bruce Arena di depan ketika permainan berusia 10 minit dalam babak kedua menerusi rembatan leret kaki kiri.
Gerakan itu berpunca daripada kelincahan pemain tengah, Kelyn Rowe, yang bijak memperdayakan dua pemain lawan sebelum melakukan hantaran silang ke dalam kotak penalti untuk Dwyer mudah membuat percubaan ke gawang menewaskan penjaga gol, Jose Calderon.
Serangan bertali-arus Panama akhirnya berhasil apabila berjaya menyamakan kedudukan 10 minit kemudian selepas pemain sayap kiri, Miguel Camargo, menolak masuk bola daripada situasi kelam-kabut di hadapan gol Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, aksi penjaga gol, Brad Guzan, wajar dipuji selepas menafikan beberapa percubaan berbahaya lawan yang mampu membuatkan tuan rumah berputih mata.
Amerika Syarikat bakal menentang Martinique dalam aksi kedua Kumpulan B pada pagi Khamis ini sebelum bertemu Nicaragua tiga hari kemudian.