Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Durakovic pertahan aksi anak buah

mehmet-durakovic.jpg

Kejutan berlaku di Ipoh apabila tuan rumah Perak tumpas kepada Kelantan 4-2 dalam aksi Liga Super malam tadi.

Namun, jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, tetap mempertahankan anak buahnya dan menyifatkan kekalahan ini adalah kegagalan pasukan.

"Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pemain atau posisi sebab kami bermain sebagai satu pasukan.

"Jika peluang tidak disia-siakan dalam separuh masa pertama, pasti Perak boleh menang," katanya.

Sementara itu, ketua pasukan, Mohd Shahrom Abd Kalam, lebih berterus-terang
dengan berkata pasukannya hilang fokus, terutama dalam separuh masa kedua. 

"Pertahanan ada buat kesilapan. Tidak dinafikan satu pasukan kecewa. Kami kena bangkit", ujar Shahrom.

Sejak Mehmet mengambil alih tugas daripada Karl-Heinz Weigang, Perak sekadar seri 2-2 dengan Felda United dalam perlawanan pertamanya walaupun seketika mendahului 2-0. Namun, dua jaringan pantas Felda menafikan kemenangan The Bos Gaurus.

Semalam, Kelantan pula yang sebelum ini tewas tiga perlawanan berturut-turut pula kembali bernyawa, malah mampu membolosi empat gol di Ipoh.

Di sini timbul persoalan, sama ada percaturan pengendali terdahulu salah atau pemain bolasepak profesional hilang fokus itu perkara lazim?

 

Advertisement

Must Watch Video