Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, menafikan pasukannya mengalami krisis ketumpulan penyudah walaupun bergelut untuk menewaskan PJ City FC 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, semalam.
Empat gol dalam lima perlawanan, prestasi Perak tampak tidak seiring dengan reputasi mereka yang dicanang selaku pasukan handalan Liga Malaysia 2019.
Statistik menunjukkan skuad bimbingan Durakovic itu hanya meraih satu gol dalam setiap perlawanan yang diharungi setakat ini, terbaru aksi menentang PJ City.
Malah, pertemuan itu menyaksikan juara Piala Malaysia 2018 itu memerlukan bantuan sepakan penalti untuk merakam kemenangan sulung musim ini.
"Sukar untuk turun beraksi tanpa penyerang utama. Shahrel Fikri (Md Fauzi) telah cuba bermain dengan baik dan kami mahu memperbaikinya dalam aksi seterusnya," kata Durakovic.
"Sukar untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Gilmar da Silva, saya telah cuba yang terbaik untuk pasukan tapi tidak berpeluang menyumbat jaringan," kata penyerang Perak, Shahrel Fikri.
Sementara itu, jurulatih PJ City, K. Devan, yang tampak tidak berpuas hati dengan mutu pengadil di Ipoh enggan menekan butang panik dengan kekalahan itu.
Beliau sebaliknya kekal optimis terhadap kemampuan anak buahnya untuk terus bersaing dalam Liga Super walaupun tewas buat kali ketiga berturut-turut.
"Kami telah mempamerkan aksi yang terbaik dalam separuh masa kedua. Peluang telah dihasilkan, cuma nasib tidak menyebelahi kami," katanya.