Kekalahan 0-3 kepada T-Team di Kuala Terengganu, malam tadi, jelas menghadirkan rasa kurang senang pengendali Perak, Mehmet Durakovic.
Durakovic menyifatkan tiga gol itu berpunca daripada kealpaan mereka sendiri selain mengakui pemain-pemainnya terperangkap dengan serangan-serangan balas T-Team yang berkesan.
Dalam aksi itu, Perak ketinggalan seawal minit kelapan selepas hantaran kurang tepat Yashir Pinto dirampas penyerang T-Team, Mamadou Samassa, untuk gol pertama tuan rumah.
T-Team menambah luka Perak dengan dua lagi gol menerusi Wan Ahmad Amirzafran (m-71) dan Farhod Tadjiyev (m-75) untuk menjadikan kedudukan 3-0.
Dua gol pantas diakui Durakovic telah membunuh semangat pemain-pemainnya yang cuba mempamerkan kebangkitan untuk mencari gol pertama.
“Satu kesilapan dalam babak pertama dan mereka mendapat satu gol, dua kesilapan dalam babak berikutnya dan lawan terus mendapat dua lagi gol.
“Kami seharusnya lebih bijak, namun kebangkitan yang dicari sudah terlewat,” ujarnya selepas perlawanan itu.
Durakovic turut menuntut pemain-pemainnya memperkemaskan rentak dan cuba mengelak daripada membuat kesilapan sama dalam aksi akan datang.
Meskipun tewas, The Bos Gaurus kekal di kedudukan keempat dengan 17 mata daripada 12 perlawanan, satu mata mengatasi Selangor yang berkelebihan baki satu perlawanan.
T-Team pula di tangga ketujuh dengan memungut 13 mata.