Dua pasukan junior Sabah, iaitu skuad Piala Presiden dan skuad Piala Belia Bawah 19 Tahun (B-19), sudah bersiap sedia untuk menghadapi musim baru.
Dengan aksi sebenar dijangka bermula kurang sebulan lagi, dua pasukan muda Sang Badak itu kini giat melakukan persediaan menerusi sesi latihan serta perlawanan persahabatan.
Pengurus skuad Piala Presiden, Datuk Juil Nuatim, berkata persiapan pasukannya kini berjalan lancar dengan pemain-pemain kini gigih menjalani latihan menghadapi saingan musim baru nanti.
"Selain mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan tempatan di Kota Kinabalu, kami juga menyertai kejohanan kecil seperti di Beaufort baru-baru ini.
"Kami juga merakamkan penghargaan kepada Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Beaufort kerana menjemput kami menyertai kejohanan empat penjuru berkenaan di mana kami berjaya muncul juara.
"Bagaimanapun, kejuaraan itu bukan bermaksud kami boleh duduk senang kerana aksi sebenar akan bermula tidak lama lagi. Kesemua pemain dan pegawai pasukan perlu bekerja lebih keras lagi," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Sementara itu, pengurus skuad Piala Belia B-19 Sabah, Mohd Yassin Aman, berkata masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki pasukannya sekiranya mahu menjadi pesaing dalam kejohanan sebenar nanti.
"Seperti sebelum ini, persiapan kami berjalan lancar dan kami juga ada masa kira-kira tiga minggu lagi sebelum saingan sebenar bermula bulan depan.
"Kami juga akan mengadakan beberapa lagi perlawanan persahabatan sebagai persiapan. Mudah-mudahan musim ini akan lebih baik bagi pasukan Sabah," katanya.
Dalam kejohanan di Beaufort baru-baru ini, skuad Piala Presiden Sabah muncul juara selepas menang dua perlawanan dan kalah sekali.
Sementara itu, walaupun sekadar meraih tempat kedua, pasukan Piala Belia B-19 Sabah berjaya membuktikan kekuatan mereka apabila menewaskan skuad Piala Presiden 2-1 dalam perlawanan terakhir kejohanan itu.
Sebelum itu, skuad kendalian Jelius Ating itu, bagaimanapun, dikejutkan dengan kekalahan awal dalam aksi pertama mereka bertemu Bingkul FC sebelum bangkit mencatat kemenangan dalam perlawanan kedua bertemu SAGA Beaufort.