Skip to main content

Bola Sepak

Dua import bakal bawa perubahan - Mehmet

peraktraining13july1.jpg
Pengendali The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic, yakin Perak akan berwajah baru menjelang saingan Liga Super dan Piala Malaysia yang bakal membuka tirainya bulan depan.

Menurut Mehmet, keseraian anak didiknya mula dipamerkan semasa latihan dan diterjemahkan dalam perlawanan aksi pemanas badan yang diadakan baru-baru ini.

"Saya gembira kerana semua pemain faham erti kerjasama.  Dua import baru (Gilmar Jose Da Silva Filho dan Leandro Dos Santos Oliveira) juga mempamerkan kualiti.

"Apa yang penting, setiap pemain perlu tahu tugas dan tanggungjawab masing-masing di samping fokus terhadap setiap arahan yang diberi," katanya selepas sesi latihan malam sempena Ramadan. 

Perak akan memulakan saingan Liga Super pada 1 Julai menentang Kedah di Stadium Darulaman manakala bertemu PKNS dalam aksi Piala Malaysia tiga hari kemudian di Ipoh.

Advertisement

Must Watch Video