ARSENAL 5 BENFICA 2
Theo Walcott menyumbang dua gol tatkala Arsenal membuktikan mereka mampu bersaing tanpa kelibat Alexis Sanchez dengan menewaskan Benfica 5-2 dalam satu saingan Piala Emirates, awal pagi tadi.
Skuad kendalian Arsene Wenger turun selaku penyandang juara kejohanan pra-musim itu, namun mereka terpaksa bangkit daripada ketinggalan di Stadium Emirates dengan Sanchez masih diketepikan susulan berehat daripada aksi antarabangsa.
Franco Cervi meletakkan Benfica di depan seawal minit ke-11.
Theo Walcott menyamakan kedudukan 12 minit kemudian selepas menerima hantaran rekrut terbaru, Sead Kolasinac, sebelum menggandakan jaringan pada minit ke-32.
Bagaimanapun Salvio kembali menyamakan kedudukan lima minit sebelum tamat babak pertama.
Memasuki babak kedua, Arsenal mula mempamerkan permainan sebenar dan hasilnya Lisandro Lopez menghasilkan gol sendiri hasil hantaran lambung Walcott sebelum Olivier Giroud mencatat nama selaku penjaring sebelum membuat hantaran kemas kepada Alex Iwobi bagi melengkapkan kemenangan.
Kolasinac -- yang berhijrah ke London secara percuma daripada FC Schalke O4 -- tampil dengan aksi berkesan dan berjaya mempamerkan persefahaman baik dengan Walcott sepanjang perlawanan.
Arsenal mengutip lapan mata daripada pertembungan itu tatkala peraturan Piala Emirates menyatakan pasukan mendapat mata menerusi setiap gol yang dijaringkan.
The Gunners bakal berdepan Sevilla hari ini dalam aksi terakhir kejohanan sementara Benfica bertemu wakil Bundesliga, RB Leipzig.