Skip to main content

Bola Sepak

Draxler percaya perpindahannya ke PSG satu langkah tepat

draxler-sure-psg-move-was-the-right-one.jpg
Pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG), Julian Draxler, menegaskan bahawa dia membuat keputusan yang tepat untuk menyertai gergasi Ligue 1 itu.

Draxler, 23, berpindah dari Wolfsburg pada awal Januari dan sudah memiliki dua koleksi gol dalam empat penampilannya bersama PSG.

Walaupun PSG kini menduduki tangga ketiga dalam liga, Draxler percaya mereka masih berada dalam misi untuk sesuatu yang besar musim ini, dan dia gembira kerana menjadi sebahagian daripadanya.

"Saya yakin bahawa saya membuat keputusan yang tepat," katanya.

"Kelab ini mempunyai potensi yang besar dan telah mendapat banyak penghormatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Saya mempunyai matlamat yang sama.

"Saya mahu memperbaiki prestasi, seperti kelab dan kami mahu mencapai kelas atas di Eropah. Kami berada di jalan yang betul.

"Saya dan kelab ini sememangnya boleh mencapai matlamat itu."

PSG berkunjung ke Rennes dalam saingan 32 pasukan terakhir Piala Perancis, awal pagi nanti, sementara skuad itu juga berada dalam perlawanan akhir final Piala Liga Perancis dan pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah.

Advertisement

Must Watch Video