Skip to main content

Bola Sepak

Dortmund sedia lepaskan Aubameyang dengan nilai RM380.6j

watzke-dortmund-would-consider-80m-for-aubameyang.jpg
Ketua Eksekutif Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke, berkata kelab itu sedia mempertimbangkan tawaran bernilai EUR80 juta (RM380.6j) ke atas penyerang handalan mereka, Pierre-Emerick Aubameyang. 

Penggempur prolifik itu bakal pulang ke pangkuan kelabnya selepas Gabon tersingkir dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) di tempat sendiri. 

Dia sering dikaitkan dengan kelab-kelab gergasi Eropah yang memiliki sokongan kewangan.

Namun, Dortmund menegaskan mereka tidak terburu-buru untuk melepaskan pemain berusia 27 tahun itu, dengan Watzke sedar jumlah tawaran tertentu mungkin mampu membuka hati ahli lembaga pengarah kelab itu. 

"Kami tidak boleh menjamin seseorang pemain itu akan kekal di Borussia Dortmund buat selama-lamanya, tapi kekuatan kami adalah sentiasa dapat menjadi penyelesaian baru," katanya kepada Kicker TV. 

"Auba merupakan pilihan alternatif kami susulan penghijrahan Robert Lewandowski ke Bayern Munich. 

"Dengan tawaran EUR80 juta, saya akan terkenangkan presiden kelab, Reinhard Rauball, dan Pengarah Sukan, Michael Zorc -- kalau kami menerima tawaran sedemikian, kami perlu duduk semeja dengan Pierre-Emerick untuk membincangkannya. 

"Kami sentiasa perlu membezakan situasi mengenai tawaran seperti itu, namun kami tidak tertekan... Saya lebih suka andai tiada sebarang tawaran dikemukakan. 

"Dia cukup bagus untuk menyertai kelab lebih besar. Tapi pilihannya tidak banyak, saya gembira terbaca mengenai idea yang mengaitkannya ke Barcelona," katanya merujuk kepada dakwaan Aubameyang yang mengakui Dortmund bukanlah sebaris dengan Barca, Bayern Munich dan Real Madrid. 






Advertisement

Must Watch Video