Terdapat spekulasi mendakwa Sancho akan meninggalkan Dortmund bagi menyertai United dan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dikhabarkan sedang giat memikat bintang muda England berkenaan selepas mengesahkan tempat dalam Liga Juara-Juara Eropah musim depan.
Dortmund, bagaimanapun, enggan menurunkan tanda harga pemain itu dengan pasukan Jerman berkenaan dilaporkan menuntut yuran perpindahan sebanyak £109 juta (RM606.7 juta) daripada United.
Zorc menjawab pertanyaan mengenai khabar angin melibatkan Sancho itu dengan berkayta: "Jadon seorang pemain bola sepak yang luar biasa dengan kuota yang saya tidak pernah lihat pada waktu ini.
"Saya fikir dia antara yang terbaik dalam industri ini jika anda melihat pada usianya.
"Saya gembira jika dia dapat kekal bersama kami musim ini dan itulah keadannya pada ketika ini.
"Terlebih dahulu, kita perlu kekal dengan fakta bahawa dia masih ada kontrak dengan kami sehingga 2022," katanya.
If we're all on the same team, we'll never be defeated. #YouCantStopUs #TeamNike @Nike pic.twitter.com/7hgYdZ2doJ
— Jadon Sancho (@Sanchooo10) July 30, 2020
Sancho meninggalkan Manchester United untuk ke Dortmund pada 2017 kerana mahu lebih peluang dalam barisan utama dan segera menempa nama dalam saingan Bundesliga.
Pemain berusia 27 tahun itu telah menghasilkan 17 gol dan 16 bantuan jaringan dalam Bundesliga musim 2019-20, di mana Dortmund menamatkan musim selaku naib juara di belakang Bayern Munich.
Secara keseluruhannya, pemain muda itu telah menjaringkan 20 gol dalam kesemua kejohanan musim ini.