Ketua Pegawai Eksekutif Borussia Dortmund, Hans-Joachim Watzke, mengkritik permintaan FC Cologne yang mahu aksi kekalahan 5-0 di Westfalenstadion dimainkan semula di samping melabel pasukan itu tidak boleh menerima kekalahan.
Cologne memprotes keputusan penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam menganugerahkan gol kedua Dortmund, yang dijaringkan pemain pertahanan, Sokratis Papastathopoulos, selepas Timo Horn gagal melakukan tangkapan kemas.
Pengadil, Patrick Ittrich, pada awalnya tidak menerima gol tersebut atas faktor kekasaran sebelum menarik balik keputusan itu selepas meneliti VAR.
Begitupun, Pengarah Teknikal Cologne, Jorg Schmadtke, mendakwa keputusan awal Ittrich seharus diterima kerana ia dibuat sebelum bola melepasi garisan.
"Kami mahu protes." Schmadtke memberitahu Sky Sports Jerman.
"Kami mahu perlawanan ini dimainkan semula."
Watzke kemudian menyelar permintaan itu dengan memberitahu Sky: "Memprotes selepas tewas 5-0 mencerminkan watak tidak boleh menerima kekalahan."
Pasukan tuan rumah kemudian menambah tiga lagi gol dalam babak kedua, sekaligus memastikan Cologne kekal dalam kelompok bawahan liga selepas empat perlawanan.
Bercakap ketika sidang media pasca perlawanan, pengendali Dortmund, Peter Bosz, bersimpati dengan Cologne.
"Saya faham mereka berasa marah bolos sebelum menuju masa rehat," kata Bosz.
"Kami menyaksikan semula rakaman dan mendapati tiada pemain yang berhenti bermain disebabkan tiupun wisel kerana bola sudah pun dalam perjalanan ke gol.
"Tetapi saya faham situasi ini menyakitkan hati."