Skip to main content

Bola Sepak

Donnarumma sedia bincang kontrak baru

gianluigi-donnarumma_dxfywrsynghv1r4an7on894vw.jpg
Gianluigi Donnarumma mengumumkan bahawa dia akan berbincang dengan AC Milan mengenai pembaharuan kontrak yang sudah tertangguh buat beberapa minggu.

Penjaga gol berusia 18 tahun itu dilaporkan bakal meninggalkan San Siro selepas memberi bayangan tidak akan menandatangani kontrak baru, yang berbaki 12 bulan sebelum ini.

Donnarumma menafikan spekulasi bahawa dia bakal berpisah dengan ejennya, Mino Raiola, apabila memuat naik status "#Donnarumma #Raiola Semalam, Hari ini dan Esok," di laman Twitter.

Kemudian Donnarumma menjelaskan maksud di sebalik kenyataan mengenai masa depannya, juga menerusi laman sosial.

"Hari ini, kenyataan di laman Twitter saya mencetuskan pelbagai reaksi. Untuk itu, saya memohon maaf," kata pemain muda itu menerusi Instagram.

"Sekali lagi saya mahu menjelaskan bahawa saya sayangkan Milan dan penyokongnya. Kini fokus saya terarah kepada pasukan kebangsaan di mana saya mahu memberikan segala-galanya.

"Saya berjanji sebaik Kejohanan Euro Bawah 21 Tahun berakhir, saya akan mengadakan perjumpaan dengan kelab bersama-sama ahli keluarga dan ejen saya bagi membincangkan kontrak saya."

Difahamkan, Real Madrid, Manchester United, Paris Saint-Germain (PSG) dan Juventus antara yang berminat mendapatkan pemain itu.

Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Milan, Marco Fassone, mengakui kelab itu tidak menerima sebarang tawaran setakat ini.

Advertisement

Must Watch Video