Skip to main content

Bola Sepak

Donnarumma mahu ikut jejak langkah Neuer

16517gianluigidonnarumma.jpg
Selepas mempelajari pelbagai ilmu daripada penjaga gol hebat Itali, Gianluigi Buffon, Gianluigi Donnarumma kini cuba untuk mengikuti jejak langkah bintang Bayern Munich, Manuel Neuer.

Pada usia 18 tahun, Donnarumma telah mengesahkan tempatnya selaku penjaga gol utama AC Milan selepas memulakan aksi pertama dua tahun lalu.

Dia dilihat sebagai pengganti paling ideal buat Buffon dalam skuad kebangsaan Itali, sekaligus menarik minat beberapa gergasi Eropah seperti Manchester United dan Real Madrid sebelum menandatangani kontrak baru untuk mengekalkannya bersama Milan sehingga 2021.

Donnarumma, yang kini berada di China bagi aksi pramusim, telah menamakan pemenang Bundesliga, Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Dunia, Neuer sebagai insiprasinya.

“Idola saya pastinya Gigi Buffon, kemudian anda bermain untuk pasukan yang saya sokong sejak kecil,” jelas Donnarumma kepada Christian Abbiati dalam sesi temubual untuk Milan TV.

“Kini dalam pasukan kebangsaan, saya sentiasa mempunyai Buffon yang telah membantu saya dalam banyak perkara.

“Begitu juga dengan Neuer. Saya cuba untuk mengikut jejak langkah dan menjadi sepertinya,” katanya. 

Donnarumma telah beraksi dalam kesemua 38 aksi liga untuk Milan pada musim lalu dan menamatkan kempen di tangga keenam.

Advertisement

Must Watch Video