Skip to main content

Bola Sepak

Donnarumma akan bertemu Milan -- Raiola

donnarumma-cropped_gya1pr8ebspvzr3ugj80vbyg.jpg
Mino Raiola berkata penjaga gol sensasi Itali, Gianluigi Donnarumma, bakal berjumpa dengan AC Milan sebaik berakhirnya Kejohanan Eropah Bawah 21 Tahun bagi menyelesaikan kekeliruan yang berlaku melibatkan kliennya itu.

Selepas mendedahkan bahawa pemain berusia 18 tahun itu tidak akan menandatangani kontrak baru bersama kelab Serie A itu, Donnarumma kemudian memberi bayangan sedia membincangkan kontrak baru menerusi akaun Instagram miliknya, semalam.

Bagaimanapun, Donnarumma -- yang telah menarik minat Real Madrid, Juventus dan Manchester United -- kemudian mendakwa bahawa akaun Instagram tersebut telah digodam, lantas membuat keputusan untuk memadam akaun tersebut.

Kekeliruan itu berterusan di media sosial apabila Raiola menggunakan Twitter untuk menjelaskan senario tersebut.

"Tweet di antara saya dan Gigi adalah tanda persahabatan," kata Raiola.

"Selepas berakhirnya Euro, kami akan bertemu di Milan. Buat masa ini, Nazionale adalah fokus utama."

Donnarumma -- yang membuat penampilan sulung di San Siro pada usia 16 tahun -- ketika ini sedang beraksi dalam Euro Bawah 21 Tahun, dengan Itali bakal berdepan Sepanyol dalam separuh akhir, esok.

Advertisement

Must Watch Video