Pemenang dua kali Piala Eropah, Giovanni Galli, menggesa penjaga gol muda AC Milan, Gianluigi Donnaruma, memberi penjelasan mengenai keputusannya untuk tidak menandatangani kontrak baru bersama pasukan.
Ejen Donnaruma, Mino Raiola, dilaporkan memberitahu pengurusan kelab bahawa Donnaruma tidak akan memberikan sebarang tandatangan terhadap mana-mana kontrak baru yang akan mengekalkannya di San Siro.
Kontrak Donnaruma bersama Milan bakal berakhir selepas musim 2017/18 dan keputusannya itu bakal menyaksikan sama ada Milan terpaksa menanggung kehilangan aset bernilai mereka atau menjual pemain itu pada musim panas ini.
Penjaga gol berusia 18 tahun itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab besar Eropah, dengan Real Madrid, Juventus serta Manchester United merupakan antara skuad yang berminat.
Keputusannya menolak kontrak baru yang ditawarkan memberi kejutan kepada Galli, pemenang dua Piala Eropah serta menjuarai Serie A 1988 bersama Milan.
“Saya mahu orang sedar bahawa ia adalah mengenai Milan.
Pasukan ini memiliki tujuh Piala Eropah dan pastinya satu penghormatan buat pemain muda seperti Donnaruma apabila ditawarkan peluang beraksi secara kerap bersama Milan,” ujar Galli.
“Dia kini berusia 18 tahun dan mempunyai hak untuk memilih, namun dia perlu memberi penjelasan tentang keputusannya itu,” katanya.