Skip to main content

Bola Sepak

Dollah tidak panik pertukaran import pada saat-saat akhir

200117-dollah-salleh.jpg
Jurulatih Pahang, Dollah Salleh, tidak menyimpan sebarang perasaan cemas menjelang pertemuan dengan Perak di Stadium Perak esok biarpun kehilangan seorang penyerang import, Julius Oiboh, pada saat-saat akhir. 

Tanpa sebarang penjelasan, Dollah berkata ketiadaan Julius disebabkan masalah keluarga dan pemain itu terpaksa membuat keputusan menarik diri. 

Dia jelas tidak begitu gembira dengan perkembangan terbabit kerana mengganggu rentak pasukannya selepas membuat persiapan pra-musim selama dua bulan. 

Kini, dia meletakkan harapan tinggi kepada penyerang baru dari Brazil, Matheus Alves, untuk menggalas harapan bersama Ashari Samsudin. 

"Dia (Alves) cuma sempat berlatih dengan kami sehari sahaja semalam, keserasian dalam pasukan masih belum ada lagi. 

"Walaupun baru berusia 23 tahun, saya percaya dengan pengalamannya bermain di peringkat tinggi, dia mungkin tidak akan berdepan masalah," katanya. 

Sementara itu, Dollah mengingatkan Perak bahawa Pahang juga amat bernafsu dalam pemburuan trofi Liga Super musim ini. 

Biarpun sedar Perak juga mempunyai sebuah skuad yang layak dilabel pilihan, dia mempunyai strategi tersendiri untuk menumbangkan lawan di Ipoh. 

"Kami akan berjuang bersungguh-sungguh untuk mengembalikan Pahang sebagai pasukan yang digeruni seperti tiga atau empat tahun lalu.

"Saya percaya Perak juga bukan calang-calang pasukan."

Advertisement

Must Watch Video