Pengendali Pahang, Dollah Salleh, menyifatkan pasukannya beraksi di bawah tahap terbaik apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi suku akhir pertama Piala FA di Kuantan, malam tadi.
Dollah mengakui sukar membentuk kesebelasan terbaik berikutan beberapa tonggak seperti Nor Azam Azih, Mohamadou Sumareh serta Patrick Cruz baru beransur pulih daripada kecederaan masing-masing.
"Kami berlatih tanpa mereka selama dua minggu ini.
"Selepas itu, saya hanya dapat memulakan sesi latihan dengan skuad penuh kira-kira tiga hari sebelum aksi malam ini, sebab itu keserasian tidak dapat dilihat dengan jelas.
"Nor Azam Azih juga sebenarnya belum pulih sepenuhnya (daripada kecederaan lutut)," katanya.
Dollah sedar aksi di Larkin nanti pasti sukar, namun tetap optimis dengan peluang pasukannya.
Ketua pasukan dan pertahanan kanan Pahang, Matthew Davies juga yakin skuad Tok Gajah mampu mara dan mengulangi pencapaian musim lalu yang menyaksikan mereka tumbang 2-1 dalam aksi kedua di Larkin tetapi mara menerusi agregat 4-3.
"Tidak adil untuk menyalahkan jentera tengah pasukan. Kami melalui tempoh ini bersama-sama dan yakin mampu mendapatkan keputusan positif di Johor.
"Kami sedar aksi tidak akan mudah di sana tetapi semangat kemenangan pada musim lalu menjadi pemangkin buat Pahang," ujar Davies.
Sementara itu, pemangku pengendali JDT, Raul Longhi, tiada rungutan dengan aksi pemainnya.
Bagi Longhi, setiap pemain melaksanakan perancangan taktikalnya.
Namun, Longhi menyifatkan pertembungan dengan Pahang bukan aksi yang mudah buat pasukannya dan pemain sudah berjuang habis-habisan untuk merakamkan keputusan lebih baik.
"Kami cuba untuk memenangi perlawanan. Kami meraih 12 sepakan sudut tetapi ini adalah aksi di tempat lawan.
"Sememangnya penting buat kami menjaringkan gol di sini," kata Longhi.
Longhi mengakui bahawa selepas ini Harimau Selatan akan melakukan penggiliran pemain memandangkan akan terbabit dengan Piala AFC dan Liga Super.