Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh, tidak panik di sebalik pemerhatian segelintir pihak yang mengandaikan skuad Tok Gajah kurang mengancam selepas kehilangan ramai tonggak utama musim ini.
Ramai peminat berasakan Pahang tidak segah musim lalu berikutan ketiadaan nama seperti Ashaari Samsudin, Joseph Kalang Tie dan Kiko Insa yang menyaksikan mereka muncul naib juara Piala FA.
Bagaimanapun pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh, berpendapat adunan pemain muda dan berpengalaman kali ini mampu menjadi teras kepada kekuatan Pahang.
"Pemain muda musim ini bekerja keras di atas padang. Saya gemar dengan pemain yang bekerja keras, jadi saya berasakan pada tahun ini kami nampak tersusun dan mantap," kata bekas penggempur Harimau Malaya itu.
Pahang mengulangi skrip sama seperti musim lalu apabila bertemu Perak dalam aksi pembukaan Liga Super, cuma di venue berbeza iaitu di Stadium Darulmakmur.
Dollah menegaskan beliau sedia menurunkan dua import, Alexandre de Morais Gomes, selaku pertahanan serta penyerang, Sergio Ezequiel Unrein, biarpun baru menjalani latihan bersama pasukan sejak minggu lalu.
"Saya tidak pasti lagi tetapi saya harap kedua-duanya boleh beraksi.
"Dengan pengalaman beraksi di peringkat tinggi, mereka tiada masalah untuk beraksi," tambahnya.
Selain itu, Pahang turut diperkuatkan bintang Kemboja, Chan Vathanaka, dan pemain serba boleh dari Singapura, Safuwan Baharuddin.