Tolong rungkai magis Selangor! Itu tuntutan jurulatih Pahang, Dollah Salleh, kepada barisan pemainnya sebelum perlawanan Sabtu lalu yang menjadi titik tolak kemenangan Tok Gajah di laman Gergasi Merah.
Sebagai bekas pemain dan jurulatih Selangor, Dollah cukup arif seteru mereka itu memiliki kredibiliti luar biasa dalam sesetengah situasi.
Ditambah dengan kekalahan Selangor kepada Terengganu dua minggu lalu, Dollah sudah membayangkan hasrat utama Selangor untuk menebus kecewa.
Enggan perkara itu berlaku, fokus dan disiplin menjadi amanat Dollah kepada anak buahnya sebelum sepak mula di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
"Sejak dari dahulu lagi, ada masanya Selangor boleh membuat magis.
"Mereka boleh menjadi sebuah pasukan terhebat dan dalam masa sama, boleh bertukar menjadi pasukan lemah.
"Saya selalu nasihatkan pemain supaya sentiasa fokus dan berdisiplin," kata Dollah.
Percikan keserasian yag ditonjolkan dua importnya di jentera serangan membuatkan Dollah lega.
Pada awalnya, Dollah masih meragui kecergasan Francis Forkey Doe dan kegusarannya kepada Patrick Cruz yang mengalami kecederaan menjelang kemunculan sulungnya, namun segalanya meleset selepas kedua-dua awang import itu berjaya memastikan tiga mata menjadi milik Pahang.
"Dalam dua perlawanan awal, kami tercari-cari penyerang.
"Dengan kemasukan Forkey Doe dan Patrick, nampaknya ramuan kami sudah menjadi," ujarnya lagi.