Timbalan Presiden, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Afandi Hamzah, menyuarakan keyakinan peluang Mohd Faiz Subri untuk muncul pemenang Anugerah Puskas, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2016 cerah berlandaskan sokongan padu yang diterima pemain Pulau Pinang itu menerusi undian peminat setakat ini.
Bagi Afandi, ia satu pengiktirafan tinggi buat bola sepak negara seandainya Faiz mampu memenangi anugerah tersebut.
Katanya, jika menang, Faiz bukan sahaja menjadi pemain pertama negara memenangi anugerah antarabangsa itu tetapi juga pemain pertama dari benua Asia.
"Mari sama-sama kita mendoakan Faiz mampu mencipta kejayaan yang bersejarah di Zurich nanti. Setakat hari ini, dia adalah satu-satunya wakil Asia yang tercalon untuk anugerah itu," katanya.
Afandi turut berharap peminat tempatan akan terus mengundi jaringan Faiz menerusi laman web rasmi FIFA bagi mencerahkan peluang pemain itu untuk dinobatkan sebagai pemenang.
Pemenang anugerah itu akan diputuskan melalui undian peminat di seluruh dunia, dengan juri hanya memilih 10 gol yang tercalon untuk undian pusingan pertama pada November tahun lalu.
"Kejayaan ini dijalankan oleh proses undian di seluruh dunia dan saya berharap semua rakyat terus mengundi sehingga esok."
Afandi ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, sebelum berlepas bersama Faiz ke Zurich, Switzerland bagi menghadiri malam Anugerah FIFA 2016.