Skip to main content

Bola Sepak

Djulbic tekad pastikan Felda kebal

dino-djulbic-010717.jpg
Pertahanan import Felda United, Dino Djulbic, mahu memastikan gawang The Fighters tidak dibolosi dalam pertemuan Liga Super menentang Pahang yang bakal menjadi penampilan sulungnya musim ini.

Djulbic --  yang mesra dipanggil Dino -- adalah antara muka baru skuad Felda pada pertengahan musim ini.

Hadir dengan reputasi hebat selaku bekas pemain Liga Australia, Dino menjadi taruhan utama di bahagian pertahanan.

Namun, ujian pertama pertahanan berusia 34 tahun ini tampak sukar apabila bakal berdepan Tok Gajah yang memiliki rekod jaringan terbaik ketika ini.

"Apa yang paling penting adalah mencapai kemenangan kerana kami beraksi di laman sendiri. Sekiranya kami mahu mencapai misi menamatkan musim dalam kelompok empat terbaik, kami perlu menang," jelas Dino.

Tugas lebih sukar buat Dino apabila kapten, Shukor Adan, tidak dapat diturunkan gara-gara digantung satu perlawanan.

Namun, dia optimis untuk membentuk gandingan ampuh bersama K. Prabakaran dalam misi membendung asakan Tok Gajah.

"Prabakaran seorang pemain yang bagus, saya yakin dia akan menjalankan tugasnya dengan baik," tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video