Skip to main content

Bola Sepak

Diego Simeone senarai anak sendiri sebagai penyerang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

giuliano.jpg
Diego Simeone menyenaraikan anaknya sendiri, Giuliano, dalam skuad Atletico Madrid untuk perlawanan pertama mempertahankan mahkota LaLiga.

Atletico, yang memenangi gelaran liga kedua di bawah Simeone musim lalu akan memulakan kempen bertemu Celta Vigo, malam ini. 

Skuad ibu kota Sepanyol itu sering dikaitkan dengan laporan mengidamkan seorang penyerang tengah sepanjang musim panas ini tetapi tidak berkeupayaan, sekali gus menyaksikan anak kedua Simeone tersebut akan diberikan kesempatan. 

Giuliano, 18, diturunkan dalam lima perlawanan pra-musim Atletico bagi mencalonkan dirinya antara pilihan di bahagian serangan.

Lebih kerap beraksi di sayap kiri, dia menyinar ketika diletakkan di posisi yang lebih getir musim ini. 

Sebelum bulan lalu, peluang Giuliano tidak pernah hadir dalam pasukan senior Atletico, tetapi dia kini perlu bersedia untuk aksi kompetitif sulungnya di Balaidos itu. 




Muka baru di bahagian tengah, Rodrigo De Paul, juga dalam pertimbangan pengurus Atletico itu sejak dibeli daripada Udinese dengan harga €35 juta (RM174.9j).

Dia tiba dengan reputasi cemerlang dalam Serie A apabila 82 hantarannya menjadi kunci jaringan sepanjang 2020-21 bagi mengekori rekod Hakan Calhanoglu (98).

Selaku pemain gemar mengerah kudrat, dia juga paling banyak memenangi perebutan bola dalam Serie A iaitu 294 kali selain menyempurnakan 122 gelecekan. 




 

Advertisement

Must Watch Video