Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, menafikan dakwaan bahawa Pep Guardiola telah menaikkan tanda aras bola sepak sepanjang dekad yang lalu.
Pengurus Manchester City, Guardiola, di ambang menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) dan bakal menghadapi barisan bimbingan Wenger dalam final Piala Liga Inggeris (EFL), awal pagi Isnin nanti.
Pengurus berbangsa Sepanyol itu dilimpahi kejayaan di Barcelona dan Bayern Munich, termasuk memenangi dua gelaran Liga Juara-Juara (UCL).
Begitupun, ditanya sama ada Guardiola telah menaikkan tanda aras itu, Wenger mengendurkan impak pengurus berusia 47 tahun itu.
"Tidak, hanya kerana anda melihat Barcelona dan mereka masih pasukan terbaik di Eropah," katanya kepada akhbar UK.
"Anda harus menerima hakikat bahawa permainan moden telah berubah dengan pembelian pemain terbaik dalam masa yang singkat.
"Kami sebagai pengurus mungkin boleh menerapkan falsafah kami tetapi permainan ini berkisar kepada pemain kerana pemain utama menjadi lebih penting berbanding sebelum ini," katanya.
Arsenal memenangi trofi dalam setiap satu daripada empat musim lalu, dengan meraih Piala FA (2014, 2015 dan 2017) dan Piala Perisai Komuniti (2014 dan 2015).
Justeru, Wenger percaya dengan rekod pasukannya untuk mencapai kejayaan dalam aksi penentuan dengan City di Wembley nanti.
"Apabila anda mara sejauh ini, anda tidak mahu kehilangannya," ujarnya lagi.
"Anda mahu memenanginya tetapi anda perlu ketenangan memandangkan Manchester City menguasai liga dan kami mungkin adalah 'underdog' sejak dalam separuh akhir lagi yang menyaksikan kami menang 2-1.
"Kami mungkin 'underdog', namun kami perlu percaya kualiti yang kami miliki. Sejarah dan fakta kami sebelum ini telah membuktikannya, mengapa kami tidak boleh melakukannya sekali lagi?"