Pengarah teknikal pasukan MISC-MIFA yang baru dilantik, K. Devan, mengesahkan perubahan besar akan dilakukan menjelang aksi Liga Perdana menentang Kuala Lumpur, malam esok.
Kehadiran Devan dianggap tepat pada masanya selepas pasukan itu dipalit dengan skandal rasuah dan kini terperosok di tangga ke-10 liga.
Selepas aksi hambar pada pusingan pertama Liga Perdana, juara Liga FAM 2016 itu mengambil langkah drastik menamatkan kontrak 10 pemain, termasuk tiga pemain yang masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya rasa satu perubahan besar akan dilakukan dalam perlawanan esok dan saya yakin pemain-pemain yang dipilih akan menampilkan aksi yang lebih baik berbanding perlawanan sebelum ini,” kata Devan.
Selain itu, tiga pemain import, termasuk penyerang, Kpah Sean Sherman, serta pemain tengah, Luiz Eduardo Purcino, ddi samping empat pemain tempatan telah dibawa masuk bagi memperbaiki kedudukan skuad MISC-MIFA
“Kini kami berada di tangga ke-10 dan menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan pasukan ini kekal dalam Liga Perdana,” ujar Sherman.
“Ia satu perasaan yang hebat dan semua pemain bersemangat untuk meraih tiga mata dalam perlawanan esok,” kata Purcino pula.