Gerard Deulofeu akhirnya tiba di Itali bagi menyempurnakan perpindahan secara pinjaman ke AC Milan dari Everton.
Pemain berusia 22 tahun itu tiba di Lapangan Terbang Malpensa semalam, di mana dia dipertemukan dengan pengarah Rossoneri, Rocco Maiorino.
Bekas pemain Barcelona itu akan melengkapkan pemeriksaan kesihatan hari ini bagi menyempurnakan perpindahan ke San Siro.
"Saya sangat gembira berada di sini," Deulofeu memberitahu media yang hadir di lapangan terbang tersebut.
"Saya memilih Milan kerana ia sebuah kelab yang hebat."
Ditanya sama ada dia teruja akan digandingkan dengan bekas rakan sepasukan B-21 tahun Sepanyol, Suso, dia menjawab: "Sudah tentu."