Skip to main content

Bola Sepak

Deschamps: Bukan mudah untuk kekang Modric

luka-modric.jpg
Pengendali Perancis, Didier Deschamps, menolak cadangan bahawa lebih senang untuk mengekang Luka Modric berbanding Lionel Messi atau Eden Hazard.

Prestasi Modric sepanjang saingan Piala Dunia menyaksikan dia sebagai antara pilihan memenangi anugerah Bola Emas dan mencabar Ballon d'Or bagi tahun ini.

Deschamps tidak melihat mengapa Perancis akan mengalami kesukaran mengekang bintang Real Madrid itu kerana mereka telah mengatasi Hazard dan Messi dalam pusingan sebelum ini.

"Saya berasakan pandangan saya dan anda terhadap Modric adalah berbeza," katanya.

"Dia boleh beraksi di bahagian tengah, memiliki kualiti teknikal yang tinggi sama seperti gandingannya, Ivan Rakitic. Dia jugak bijak membaca permainan dan memiliki pengaruh yang kuat buat pasukan.

"Dia tidak memiliki peranan yang sama seperti Messi dan Hazard. Dia pemain tengah menyerang tetapi Hazard dan Messi berkesan sebagai pemain penyerang sahaja.

Deschamps, pemenang Piala Dunia 1998, membawa pasukan ke final Euro 2016 sebelum dikecewakan oleh Portugal 1-0.

Pengendali berusia 49 tahun itu berkata kekalahan itu akan memberikan impak kepada skuadnya selepas hanya sembilan pemain dikekalkan sejak dua tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau berharap pemain-pemain akan mengambil kekalahan itu untuk meraih keputusan positif di Stadium Luzhniki.

"Ini merupakan barisan pemain yang berbeza jika dibandingkan dengan dua tahun lalu kerana 14 pemain tidak menyertai saingan kali ini," katanya.

"14 pemain yang dipilih ke saingan kali ini telah menampilkan aksi cemerlang di Russia.

"Benar Croatia memiliki barisan pemain  berpengalaman kerana rata-rata pemain menampilkan aksi cemerlang bersama kelab dan telah lama beraksi bersama jika dibandingkan dengan kami yang memiliki barisan pemain muda."
 

Advertisement

Must Watch Video