Persatuan Bolasepak Denmark melaporkan ancaman bunuh terhadap Nicolai Jorgensen kepada polis selepas penyerang itu menjadi sasaran media sosial selepas mereka tersingkir daripada Piala Dunia.
Jorgensen merupakan salah seorang daripada tiga pemain Denmark yang gagal menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti ketika tewas kepada Croatia, kelmarin.
Selepas penyerang Feyenoord itu gagal menyempurnakan sepakan yang kelima, Ivan Rakitic berjaya menewaskan Kasper Schmeichel untuk menghantar Croatia ke pusingan suku akhir Russia 2018.
Dengan Jorgensen menerima ancaman dalam laman Facebook dan Instagram selepas perlawanan itu, FA Denmark mengumumkan akan mengambil tindakan untuk menghentikannya.
"BERHENTI. Masyarakat kita tidak boleh menerima sebarang ancaman bunuh -- bukan terhadap bintang Piala Dunia, ahli politik serta sesiapa sekalipun. Ia adalah perlakuan yang tidak boleh diterima dan salah," menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh FA Denmark di laman Twitter.
"Kami akan melaporkannya kepada pihak polis untuk menghentikan perbuatan ini."
Christian Eriksen dan Lasse Schone juga gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk Denmark selepas aksi pusingan kalah mati berakhir 1-1 di Stadium Nizhny Novgorod.