Penyerang Borussia Dortmund, Ousmane Dembele, mengakui Barcelona berminat mendapatkan khidmatnya pada tahun lalu apabila dia terus dikaitkan dengan gergasi LaLiga itu.
Dembele, 20, menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-78 untuk skuad 10 pemain Perancis menewaskan England 3-2 dalam perlawanan persahabatan di Paris, awal pagi tadi.
Bintang itu dilaporkan menarik minat Barca tetapi sudah diikat Dortmund sehingga 2021.
Dembele baru sahaja menyertai kelab Bundesliga itu dari Rennes tahun lalu dan berkata Barca juga berminat terhadapnya.
"Tahun lepas, saya berhubung dengan pengarah sukan Barcelona," katanya kepada Mundo Deportivo.
"Saya baik di Dortmund. Saya mempunyai kontrak sehingga 2021. Saya tidak memberi perhatian kepada apa yang dikatakan."
Dembele membuat 32 penampilan liga untuk Dortmund pada 2016/17, dengan menjaringkan enam gol.