JUVENTUS 2 TOTTENHAM 2
Pemain pertahanan Juventus, Mattia De Sciglio, mengakui skuadnya "membazirkan" peluang besar ketika menentang Tottenham apabila mereka diikat 2-2 selepas mendahului 2-0 di Turin, awal pagi tadi.
Dua gol Gonzalo Higuain yang dijaringkan dalam sembilan minit awal membolehkan Juve menguasai aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah itu tetapi jaringan daripada Harry Kane dan Christian Eriksen memberi kelebihan kepada pelawat untuk perlawanan kedua di Wembley bulan depan.
Higuain juga terlepas penalti pada babak pertama tetapi Spurs menguasai sebahagian besar perlawanan itu selepas mengalami situasi buruk pada awal, dengan skuad Massimiliano Allegri itu hanya memiliki 33 peratus penguasaan di gelanggang sendiri.
Dan De Sciglio mengakui juara Serie A itu berada terlalu ke dalam selepas mereka mendahului dua gol.
"Kami tahu ia akan menjadi perlawanan sukar," katanya kepada Mediaset Premium. "Tottenham sangat kuat, terutama di bahagian tengah dan serangan.
"Saya rasa kami telah membuat kesilapan ketika mendahului 2-0. Kami mula bertahan terlalu ke dalam sehingga membolehkan mereka mudah menguasai bola di bahagian tengah. Sayang sekali kerana kami melepaskan kelebihan sangat penting tetapi saya yakin kami dapat menang di Wembley.
"Kami tahu ia akan menjadi sukar sekali lagi kerana kami menghadapi lawan yang kuat tetapi kami mesti kekal yakin, terutama selepas menyaksikan apa yang kami lakukan dalam 10 minit pertama," katanya.
Pemain sayap, Federico Bernardeschi, berasakan Juve berhak memenangi perlawanan itu walaupun mereka mempamerkan aksi kurang bersemangat.
"Saya fikir kami bermain dengan hebat dengan pasukan yang sangat kuat," katanya. "Kami membuat permulaan baik tetapi selepas 2-0, kami tidak dapat mengekalkan tempo yang sama.
"Sayang sekali kerana kami juga mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol dan kami sepatutnya menang tetapi kami tetap yakin untuk aksi kedua nanti. Kami tahu kami boleh menang di sana (di London)."