Skip to main content

Bola Sepak

De Rossi: Kelekaan bawa padah

daniele-de-rossi.jpg
Daniele De Rossi berasakan AS Roma "terlena" ketika berdepan Liverpool di Anfield awal pagi tadi sehingga dihukum oleh hantaran jauh pihak lawan.

Pasukan kendalian Eusebio Di Francesco itu tewas 5-2 dalam pertemuan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara (UCL), yang bermakna mereka harus mengulangi kemenangan 3-0 ke atas Barcelona dalam pusingan kedua suku akhir sekiranya mereka ingin maju ke final.

Liverpool beraksi dengan bekalan 5-0 sehingga minit ke-68 dengan Mohamed Salah dan Roberto Firmino meledak dua kali sementara Sadio Mane turut mencetak gol ketika pelawat gagal menyekat keampuhan tiga rangkaian serangan itu. 

Bagaimanapun, gol lewat Edin Dzeko dan Diego Perotti memberi harapan kepada pelawat menjelang pertembungan di ibu negara Itali itu dan De Rossi enggan menyerah.

"Kami terpaksa berpegang kepada apa yang kami lakukan di peringkat suku akhir," katanya kepada Mediaset Premium. "Perlawanan itu memberitahu kami bahawa tiada yang mustahil dan kami mempunyai tugas untuk mencuba, untuk diri sendiri dan penyokong Roma.

"Satu-satu perbezaannya berbanding aksi dengan Barcelona, ​​saya berasakan kami tidak bernasib baik sambil terjadinya insiden yang meragukan. Kami mengharungi 20-25 minit pertama di sini dengan baik, kemudian kami kurang bagus untuk menutup ruang dan bergelut memandangkan mereka lebih pantas.

"Tidak bagus melepaskan banyak gol. Kami semua sangat agresif. Walaupun kami lebih menguasai bahagian tengah, namun mereka sering menggunakan hantaran jauh.

"Hari ini adalah mengenai kesilapan kami dan kualiti hebat lawan. Ia bukan mudah, namun kami perlu bermula dari sini, bukan mustahil dan kami tahu itu," ujarnya.

De Rossi turut memuji prestasi Salah, bekas rakan sepasukannya yang menghasilkan prestasi cemerlang dengan dua gol dan dua bantuan gol. 

"Kami kenal Salah, kami tahu dia pemain hebat dan juga individu yang hebat," katanya. "Dia meningkatkan kualitinya di kawasan lawan dan berbisa, seperti yang kami jangkakan."

Advertisement

Must Watch Video