Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

De Bruyne pemain penting buat Belgium -- Martinez

kevin-de-bruyne_6.jpg
Pengurus, Roberto Martinez, menganggap Kevin De Bruyne telah berkembang untuk menjadi seorang "ketua" buat Belgium dan ia merupakan satu perkara penting bagi menghidupkan peluang mereka dalam saingan Piala Dunia.

Bintang Manchester City, De Bruyne, masih belum menjaringkan gol di Russia tetapi memainkan peranan penting ketika merakamkan kemenangan pada penghujung permainan ke atas Jepun dalam pusingan 16, dengan skuad Red Devils itu bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menang 3-2.

Martinez memuji keupayaan pemain perancang itu untuk beraksi di bawah tekanan menjelang aksi suku akhir berdepan Brazil di Kazan.

"Peranannya untuk pasukan ini kurang dihargai. Mungkin kerana ketika beraksi bersama City, dia sering di sebalik bantuan jaringan ataupun meledak gol dan ia membantunya menaikkan namanya," kata Martinez.

"Saya berasakan pengaruh De Bruyne dalam pasukan ini lebih penting, dia membenarkan pemain-pemain penyerang mencari ruang untuk menghasilkan peluang.

"Saya berasakan buat kali pertama De Bruyne menjadi pemain yang penting dalam saat-saat genting buat pasukan.

"Ketika Jepun mendahului 2-0, De Bruyne mengekalkan ketenangan dan mendorong pasukan untuk bangkit. 

"Anda dapat melihat jaringan ketiga yang telah dilakukan De Bruyne. Bukan hanya memberikan masa untuk pemain-pemain lain mencari ruang tetapi kualiti hantarannya amat menakjubkan," ujarnya lagi. 

Jika Belgium mengatasi juara dunia lima kali, Brazil, mereka akan bertemu Perancis atau Uruguay dalam separuh akhir.
 

Advertisement

Must Watch Video